Tahun ini, secara peribadi moderator sungguh teruja kerana membawa 2 kelas tahun 6 untuk peperiksaan UPSR; 6 Arif untuk Sains dan 6 Visi untuk Bahasa Inggeris.
Rasa-rasanya, guru-guru tahun 6 dan ibu bapa yang lain juga mempunyai perasaan yang sama apa lagi bagi mereka yang mempunyai anak di tahun 6. Sila lihat wajah-wajah ini......
Jangan kata jiran, suami di rumah pun turut bertanya kenapa banyak sangat kereta di luar pagar SKBP. Anak2 yang nak periksa atau ibu bapanya sekali... Dengan bangganya moderator memberi penjelasan bahawa inilah sokongan moral yang kita perolehi. Turut hadir adalah YDP PIBG. Terima kasih Datuk, terima kasih semua.