Siapa sangka penantian yang dahulunya macam lama lagi, dah sampai ke kemuncak. Terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha keras dan tidak henti-henti memberi peringatan.
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi menghadirkan diri di Dewan Terbuka untuk sama-sama memberi semangat kepada anak-anak kita sebelum mereka melangkah masuk ke bilik peperiksaan.
Terima kasih juga diucapkan kepada YDP PIBG kerana sanggup meluangkan masa dan hadir untuk memberi kata-kata semangat.