Want your
own Fotopage?







 
SK Bandar Putra's FotoPage

By: SK Bandar Putra Kulai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Saturday, 27-Jun-2009 10:54 Email | Share | | Bookmark
999

Quote:
Hari Jumaat malam.

SESIAPA YANG ADA MAKLUMAT, SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK SEKOLAH







rindu r kt ckgu khamok, dan ckgu hazeyhan, x lupa jge kt ckgu zaharah dgn ckgu najdah. and sume ckgu yg mengajar thn 6bijak thn lpz.......
Thu 2-Jul-2009 13:49
Posted by:ex student skbp08
jadilah manusia yang berguna nak oiii
semoga kamu berjaya di dunia dan di akhirat.
AMIN
Fri 3-Jul-2009 10:04
Posted by:yang diridui
Add comment


Saturday, 27-Jun-2009 02:14 Email | Share | | Bookmark
JANGAN MAIN API, LUKIS KERETAPI BOLEH....





Mungkin kerana takut hangus dan berasap, maka ceramah kebakaran di SKBP hari ini (Sabtu = cuti ganti Hari Raya) hanya dihadiri oleh lebih kurang 300 murid SKBP. Yang lain lebih rela duduk di dalam rumah (mungkin kerana kurang sihat) untuk melukis dan mewarna gambar keretapi atau dah berada pun di dalam keretapi .....





Terima kasih diucapkan kepada Unit Bomba dan Penyelamat Daerah Kulaijaya di padang SKBP kerana telah memberi pendedahan tentang langkah-langkah pencegahan dan menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku kebakaran.



Jangan lupa dail 999 kalau nampak api dan asap yang tidak sepatutnya di persekitaran anda. Dan jangan pula pandai2 dail 999 kerana ianya bukan satu bentuk hiburan yang melucukan. Silap2 mak dengan ayah anda pula yang berasap kena soal dek polis nanti.



Moderator teringat pepatah yang paling glamour masa kecik-kecik dulu di kaca TV.

Quote:
Api masa kecil menjdai kawan, bila besar menjdai lawan.


Semua murid juga diberi peluang untuk membelek-belek jentera bomba. Hehehehe ... moderator pun control macho macam profesor serba tahu semasa diberi penerangan tentang kegunaan semua peralatan yang tersedia di kiri, kanan depan dan dalam jentera bomba itu.




Ooooooooooo...

Budak2 nih pun apa lagi, panjat naik turun lah jawabnya!!! Rasa-rasanya,kalau buat survey lepas nih tentang cita-cita masing-masing mesti jawapannya nak jadi ahli bomba!!!

best la ada bomba datang Tue 30-Jun-2009 12:57
Posted by:abbas abbas8010@gmail.com
Tolong,tolong ada api.Eh, bomba datang nasib baik ada bomba Tue 30-Jun-2009 13:02
Posted by:Afiq afiq8010@gmail.com
patutnye tambah lagi satu..caakaapp!!''tolong!!sekolah aku kene bakar tolong!!!''thankx?! =selamatkankamimaafkankami+hidungselsema. Wed 1-Jul-2009 09:51
Posted by:nur ain nabilah[3 bijak] einbelle1906@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Saturday, 27-Jun-2009 02:08 Email | Share | | Bookmark
KURSUS ENGLISH HOUR

Bertempat di Bilik Mesyuarat SKBP, telah berlangsung pagi ini kursus English Hour anjuran JKD (BI) SK Daerah Kulaijaya.

Semoga ianya menjadi pemangkin untuk peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris di daerah kita (kursusnya SKBP lah!!!!)






Thank you dear all course participants for spending your sweet sour time.Terima kasih Tuan Hj Che Mustaffa, PPPD sebab luluskan Lo. terima kasih Encik Abd malek bin yatim sebab tolong cop sijil. Thanks Puan Roslinda Abdul Malek tolong uruskan prosedur LDP . Puan Tai Siew Wan - thank you mdm. Tuan GB _ terima kasih kerana sokongan tuan .last but not the least, Mdm Moderator , puan najdah Ahmad sebab amik gambar and Mr najib sebab tolong pasang speaker.Cik Nurfadzlina and Cik wan Nurul Baizura - Thany you dik.
Mon 29-Jun-2009 07:51
Posted by:nuratiqah wah onn
Add comment


Friday, 26-Jun-2009 10:22 Email | Share | | Bookmark
HARI TERBUKA SKBP 2009

Quote:
Siapa dah siap baju oren, sila pakai.
Siapa yang tak siap baju oren pun sila pakai baju!!!


TERIMA KASIH SATU
Terima kasih kepada semua warga SKBP terutama kepada guru-guru kelas yang setia menjawab soalan ini dan itu.









TERIMA KASIH DUA
Sudah tentu terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk menjayakan Hari Terbuka tahun ini dan bersua muka dengan guru kelas anak2 anda untuk bertukar pendapat dan mengetahui perkembangan pelajaran mereka.



TERIMA KASIH TIGA
Terima kasih kepada mereka yang telah membuat open table di Dewan Terbuka SKBP. Boleh saya tahu berapa sudah masyuk?????







TERIMA KASIH EMPAT
Juga tak lupa ucapan terima kasih ini ditujukan kepada burung kakak tua, burung helang, burung enggang, burung hantu, tupai, ular, kuda, landak raya, biawak tembaga (dan beruang panda???) yang sempat sampai ke kelas 5 Cerdik dan 5 Gemilang. Harap-harap anda pulang dengan selamat ke zoo dan membawa sekali apa yang tidak patut ditinggalkan di dalam KELAS KAMI itu.

Sebab saya ada darah keturunan Tarzan dan cikgu yang satu lagi adalah cucu cicit Badang. Harap maklum. Auuummmm....





TERIMA KASIH LIMA
Anda jatuh di kategori ke lima ini jika ada tidak ada di nombor satu hingga empat.

Care to comment?


Monday, 22-Jun-2009 02:01 Email | Share | | Bookmark
5A - SKBP BOLEH

Keputusan UPPM 2 telah diumumkan dan berikut adalah pencapaian SKBP yang moderator perolehi dari S/U Peperiksaan.

Quote:
Keputusan


Tahniah kepada mereka yang telah mendapat 5A. Semoga kejayaan ini menjadi perangsang kepada mereka dan murid-murid lain untuk terus berjaya dalam UPSR tahun ini.

Quote:
40 BUKAN MUSTAHIL





Care to comment?


Saturday, 20-Jun-2009 00:34 Email | Share | | Bookmark
LDP SESI KE-4

Terima kasih kepada Encik Othman bin Ahamad atas ceramah beliau yang berkisar tentang murninya profesion perguruan.



Quote:
Hampir 3.5 jam dia berdiri, berpesan sambil bergurau sehingga payah moderator nak cari mata-mata yang layu... Hebat sungguh!!!




Quote:
Ini adalah senarai sekolah yang telah beliau curahkan khidmatnya. Beliau kata, kalau nak hebat kena rajin bertukar-tukar sekolah... emmm, bab nih moderator payah sket nak digest sebab terasa-rasa macam nak pencen di SKBP jugak!!!!










Quote:
“Flatter me, and I may not believe you. Criticize me, and I may not like you. Ignore me, and I may not forgive you. Encourage me, and I will not forget you. Love me and I may be forced to love you.” William Arthur Ward quotes

Care to comment?


Friday, 29-May-2009 10:34 Email | Share | | Bookmark
PANG KOMPANG KOMPANG KOMPANG

sila mainkan video-video pilihan di bawah sambil membaca entry ini





Selamat Pangantin Baru kepada Cik Roshaila & Cik Farah Husna yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada cuti sekolah kali ini.

Kalaulah moderator dapat berada di sana untuk mengusik pengantin-pengantin di atas pelamin, alangkah seronoknya!!!!

Walau bagaimanapun, gambar2 ini tentunya sinonim dengan kemeriahan kedua-dua majlis tersebut.
.




SELAMAT PENGANTIN BARU! Thu 25-Jun-2009 14:05
Posted by:Nurammar am_digimon@yahoo.com
Add comment


Monday, 25-May-2009 10:06 Email | Share | | Bookmark
PERHIMPUNAN BERALIH ARAH?

Mulai minggu ini, semua murid SKBP akan mengalihkan pandangan dan arah mereka ke arah Dewan Terbuka pada setiap kali perhimpunan.





Quote:
Kepada pengawas-pengawas yang bertugas menyusun kerusi: anda tidak termasuk dalam skim pencen bertugas.
Jadual Tugasan baru akan disusun atur.
Peringatan dari Guru Pengawas Sesi Pagi


Pada perhimpunan ini juga, seluruh warga SKBP telah menyaksikan anak2 yang telah berlatih bersungguh-sungguh dan agak hitam kerana mahu mengharumkan nama sekolah.

(jangan lupa hitam itu menawan!!!!)

Tahniah kepada Pasukan Bola Baling (L) & (P) Bawah 12 Tahun kerana telah berjaya mendapat tempat kedua (P) dan ketiga (L) dalam Pertandingan Bola Baling (L) & (P) Bawah 12 Tahun MSSD Kulaijaya.





Tahniah juga kepada Pasukan Kawad Kaki Pandu Puteri Tunas kerana berjaya mengalahkan lawan-lawan yang lain lalu dinobatkan sebagai Johan Kawad Kaki. Mereka akan bertolak ke Kuala Lumpur nanti sebagai wakil Negeri Johor. Semoga kejayaan berpihak kepada kita lagi!!!!!







SKBP BOLEH! SKBP BOLEH! SKBP BOLEH!

siapa nak tahu cara kami menang? Fri 19-Jun-2009 06:02
Posted by:amira raihana
senng aje!sebenarnya tak da sekolah rendah yang lain.cuma skbp aje dengan smkbp dan lain2 Fri 19-Jun-2009 06:04
Posted by:amira raihana
Alamak!Cikgu dah duduk atas tu,x bolehlah bercakap lagi!Muah! Thu 25-Jun-2009 14:08
Posted by:Nurammar am_digimon@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Monday, 25-May-2009 00:44 Email | Share | | Bookmark
SESI BERGAMBAR BAGI KELAS2 2009





2 hari berpeluh-peluh dari pagi sampai pukul 3 ptg kerana cuba melonggok-longgokkan anak2 SKBP mengikut kelas, tinggi dan kerenah!!!

Quote:
Macam Mak Andam laa pulak, kena betulkan songkok, tie & kasut korang


Alhamdulillah, semuanya telah selamat disempurnakan walaupun ada kelas yang terpaksa diberi penghormatan akhir di hari ke-3. Kru kilk-klik hampir-hampir mati ingat cikgu dan anak2 ini paling pemalu di SKBP.

ANUGERAH SESI BERGAMBAR KELAS2 2009
1. Anugerah Kelas Orang-Lain-Senyum-Tapi-Dia-Sorang-Nangis
1 BIJAK (Guru Kelas Puan Suhaila)

2. Anugerah Kelas Paling Pemalu aka Korang Tertinggal Gerabak!!
5 WAWASAN (Guru Kelas Puan Suhaslinda)

3. Anugerah Songkok-Songkok Raya Tapi Cikgu Tertinggal Tie
2 PINTAR (Guru Kelas Encik Umar)

4. Anugerah Kelas Sekali Susun Saja dah Settle
________ (Guru Kelas Tuan Haji Abdul Aziz)

5. Anugerah Kelas Paling Kecoh
6 ARIF (Guru Kelas Puan Khamok Zaini)

Jika anda berminat untuk membuat tempahan gambar sila lawati (lewati) papan kenyataan di kantin sekolah setiap hari sehinggalah gambar2 itu dipamerkan dan banyak2kan bersabar!!!!!















Quote:
Hanya TAIP TAJUK entry, tanpa isi MANA ACI...............



Sian la kat kite yg x pegang kelas nih.. amik gambar dgn kertas exam ajer pn boleh la.. hehehe Mon 1-Jun-2009 13:30
Posted by:c!kgu
Thu 11-Jun-2009 01:43
Posted by:sangat bAGUSSSSSS.........??????
YEEEAAA!KELAS SAYA DAPAT ANUGERAH!!!!! Thu 25-Jun-2009 14:13
Posted by:Nurammar am_digimon@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Saturday, 23-May-2009 00:37 Email | Share | | Bookmark
LDP SESI KE-3



Mendengar taklimat-taklimat berikut

- SPSK yang dibentangkan oleh Puan Salbiah bt. Ahmad.
- Peraturan terbaru tentang peperiksaan dan panduan pendaftaran Peperiksaan PTK Sesi Ogos 2009 oleh Encik Abang bin Man
- SKPM yang dihuraikan oleh Tuan Haji Mohamed Noor bin Ibrahim

Marilah kita sama-sama menjayakan prosedur-prosedur kualiti yang telah dibentangkan dan jangan lupa tentang KEMENJADIAN MURID kita.

Quote:
KALAU DAH DUA KALI TAK DAPAT 4 UNTUK PTK.....

cek amik 6 kali dah.. kali ke 6 baru ader rezeki.. pasni camne pulak ek.. seram nyer... Wed 27-May-2009 08:30
Posted by:c!kgu
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.